Malaysia Dateline

Ada profil ‘politik bersih’, pemimpin yang kuasai lapan warisan dunia ini tersenarai 50 tokoh Islam paling berpengaruh

Tergolong sebagai pemimpin dengan profil ‘politik bersih’, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), menduduki tempat ke-13 dalam senarai 50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia bagi 2023.

Senarai dikeluarkan The Royal Islamic Strategic Studies Centre (TRISC) itu berdasarkan pengaruh dan sumbangan pemimpin berkenaan dalam perkembangan Islam pada peringkat global.

“Pengaruh adalah kekuatan yang dimiliki pemimpin, sama ada menerusi budaya, ideologi, kewangan, politik atau hal-hal lain.

“Pengaruh yang baik itu pula digunakan untuk perkembangan dan pembangunan masyarakat Islam di seluruh dunia,” kata TRISC, yang dipetik CNN Indonesia.

Buku bertajuk ‘The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims 2023’ menyebut bahawa Jokowi sebagai pemimpin negara negara yang ‘menguasai lapan warisan dunia’.

Bekas ahli perniagaan sebelum dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 2014 itu juga diperkenalkan sebagai pemimpin yang mempunyai 78 juta pengikut di media sosial, sekali gus menunjukkan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat, terutama rakyat Indonesia.

“Beliau menempa nama sebagai pemimpin Islam yang baik menerusi profil politik yang bersih,” kata badan terbabit.

Jokowi yang bukan berlatarkan golongan politik dan elit tentera mula tersenarai sebagai 50 pemimpin Islam terbaik dunia sejak 2014 dan pernah berada di kedudukan ke-11.

Baca juga ‘Kalau aku like, aku like, kalau tak, aku swipe’ – Lagu dengan Datuk Vida ‘trending’ kena dengan mood PRU15

Baca juga Jiran asyik merungut anak bising waktu tengah malam, bila tunjuk bukti terus terdiam