Malaysia Dateline

Adakah Bajet 2023 masih sah dan boleh terpakai?

Pada 7 hb Oktober 2022 ( Jumaat ) Bajet atau Belanjawan 2023 telah dibentangkan.Dan pada 10 hb Oktober(Isnin), Parlimen pula dibubarkan.

Untuk rekod Bajet 2023 hanya sekadar dibentangkan sahaja. Tidak ada perbahasan jauh sekali ada kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Perkenan YDPA lagi jauh .

Oleh itu, Bajet 2023, dari sudut undang-undang, ibarat makhluk tak bernyawa. Ya, tiada apa-apa faedah.

Jika ada yang kritik ia adalah suatu yang buang masa, ianya kritikan yang sangat berasas.

Agak menarik kerana Kementerian Kewangan masih ada masa yang lumayan untuk dibazirkan bagi menyediakan sebuah bajet yang tak boleh diguna pakai itu. Semua tahu penyedian bajet adalah kerja yang amat cerewet dan membebankan masa, wang ringgit dan tenaga khususnya tenaga para kakitangan awam!

Memang sukar nak diterima akal setelah persiapan yang panjang diperlukan untuk sediakan bajet 2023, selepas itu ia sekadar dibentang dan tak ada perbahasan jauh sekali untuk diluluskan.

Lalu ia hanya sekadar bajet yang buang kertas dan duit!

Lalu, jika begitu mengapa bajet itu masih dibentangkan juga?

Jawabnya kerana ada elemen dalam politik yang penuh sedar bagaimana cara nak bermain dengan “game bajet” untuk menggula-gulakan rakyat untuk dapat undi rakyat. Itu sahaja. Bagi elemen politik sebegitu undi adalah oksigen untuk depa!

Yang depa habaq kononnya bajet tu adalah “rujukan polisi yang penting bagi sektor perniagaan dan pelaburan” itu hanya sekadar gincu pemerah bibir dan make-up tebal untuk sembunyikan kedut di wajah!

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan, Bajet 2023 perlu dibentangkan semula tak kira siapa pun yang akan jadi Kerajaan selepas ini.

Kerana apa?

Kerana di bawah Artikel 55 (5) Perlembagaan, Bajet 2023 atau RUU Belanjawan 2023 telah pun luput sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Bajet itu hanya masih boleh dipakai sekiranya bajet itu diluluskan di Dewan Rakyat dan dan di Dewan Negara tetapi tidak sempat untuk mendapat perkenan YDPA.

Ketika itu, tidak kira sama ada Parlimen diprorog atau dibubar, ianya tidak akan luput berdasarkan apa yang dinyatakan di bawah Artikel 55 (7) Perlembagaan Persekutuan.

Baca juga: Bayi lelaki tidak puas hati dihias serba ‘pink’- Anugerah terindah, kata warga maya

Baca juga: Individu positif Covid-19 dibenar mengundi