Malaysia Dateline

Adakah kemuka calon berpelajaran tinggi atau profesional memberi kelebihan?-Pengundi nak pakar pandai cari peruntukan

Meletak calon yang berpelajaran tinggi atau profesional bagi kerusi yang akan dipertandingan dalam pilihan raya sudah tentu menjadi pilhan utama parti.

Namun adakah mengemukakan calon seperti ini memberi kelebihan kepada parti atau yang lebih utama adalah kepada para pengundi?

Seorang Peguam Datuk Shamsuddin Nawawi melalui faceboonya mempunyai pandangannya tersendiri dalam soal pemilihan calon yang akan bertanding pada PRU15 ini.

Baginya soal calon perlajaran tinggi atau profesional itu tidak penting, yang paling penting dapat menyantuni pengundi atau rakyat di kawasannya.

“Kita kena tengok dulu apa sebenarnya kerja jadi YB ini. Kalau YB biasa, mereka itu dipanggil anggota badan legislative iaitu di mana undang-undang digubal dan juga polisi kerajaan dibahaskan.

“Dalam satu tahun paling lama mereka bersidang jumlahnya tidak lebih dari 100 hari. Tahun 2022 ini mereka hanya bersidang di Parlimen selama 34 hari sahaja. Dalam satu tahun ada 365 hari. Selebihnya itu mereka buat apa?

“Mereka diharapkan berada di kawasan masing-masing dan melayan karenah rakyat. Kalau ada bencana mereka wajib ada.

“Kenduri kendara nikah kahwin budak-budak berkhatan pun mereka diharapkan jengok muka sengeh-sengeh salam sana sini dan of course lah bagi sumbangan.

“Jadinya di mana professional dan yang pendidikan tinggi ini menyelit? Bolehkah mereka diarah buat itu ini oleh rakyat sedangkan selama ini mereka yang mengarahkan orang lain.

“Ada yang boleh, tak kurang juga yang langsung tak ada cutting.

“Katalah mereka dihantar secara payung terjun balik kampung untuk jadi calon. Sepatutnya mereka tidak perlu diperkenalkan lagi. Tapi harus diingat budak kampung yang berjaya di luar ini biasanya sudah lama tinggalkan kampung. Kalau balik pun hari raya dan kalau ada keluarga kematian atau musim buah-buahan.

“Orang kampung ada yang kenal dia dan pastinya ramai juga langsung tak kenal sebab kalau dia balik kampung pun dia tak bergaul sangat. Maklumlah di ada PhD takkanlah nak bersembang tepi simpang lagi.

“Budak kampung yang ada PhD ini memang sejak kecik dia jenis bookworm dan keluarga tak benarkan sangat merayap curi ayam atau lastik burung. Jadinya orang kampung kurang kenal dia.

“Tiba-tiba nak letak jadi calon sebab dia kini pakar itu ini. Pakar itu ini orang kampung tak perlu sangat nak pulak kalau dia pakar pelik punya kajian katalah nuclear science.

“Orang kampung nak pakar baiki jalan dan longkang dan kalau boleh pakar pandai cari peruntukan macam mana nak pastikan bekalan air tak putus.

“Orang kampung ini kalau boleh YB tempat meminta bantuan bukan nak suruh YB ajar dia sampai boleh masuk universiti. Yang nak masuk universiti itu anak dia dan dia nak YB bagilah sikit sumbangan masa nak mendaftar itu nanti.

“Lagi tak boleh pakai kalau pakar-pakar ini menang saja dia dah berharap nak jadi menteri. Bila jadi menteri tahu tahu sajalah. Kawasan itu penting bila hendak mengundi nanti. Masa-masa lain macam-macamlah alasan. Silap gaya dia akan lantik orang kampung yang paling wibawa untuk jaga kawasan dia sebagai wakil.

“Kalau gitu baiklah calonkan orang kampung yang wibawa itu”.

Baca juga: Adakah bahan perasa tamat tempoh? Ini tempoh berapa lama bahan perasa benar-benar tahan