Malaysia Dateline

Agong adakan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu esok

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada esok, 24 November.

Istana berkata, mesyuarat khas pada esok bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, baginda perkenan untuk mengadakan perbincangan khas selepas selesai sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada semalam.

Pagi ini, tiga wakil BN dan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula hadir menghadap Seri Paduka Baginda, biarpun baginda menitahkan untuk 30 ahli Barisan Nasional menghadap.

“Sesi menghadap ketua-ketua gabungan adalah susulan daripada hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang telah dimaklumka oleh ketua-ketua parti kepada Istana Negara semalam didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu espk bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya.

Baginda Al Sultan juga menitah agar seluruh rakyat untuk terus beristiqomah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

“Rakyat telah pun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka. Maka terserah kepada wakil rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata,” katanya lagi.

Sementara itu media melaporkan mesyuarat akan bermula pada pukul 10.30 pagi dan dijangka berlangsung sekurang-kurangnya tiga jam.

Baca juga: Pejuang terima pilihan rakyat doa Malaysia pulih dengan kerajaan baru

Baca juga: Kes Bella: Nasib Siti Bainun diketahui esok, boleh dihukum penjara 20 tahun jika terbukti bersalah