Ahli keluarga dakwa Abang Viva kahwin tanpa restu ibu bapa

Oleh KIM SYAZIE

Baru sahaja pagi tadi berita tentang perkahwinan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, bersama suri hatinya, tular di media sosial dengan ramai rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai tersebut.

Bagaimanapun ucapan tahniah dari salah seorang ahli keluarganya sendiri telah menimbulkan tanda tanya apabila netizen dapat meneka seperti ada konflik yang berlaku dalam keluarga itu.

Spekulasi ini timbul apabila individu yang didakwa sebagai kakak mengatakan bahawa mereka sekeluarga termasuk orang tuanya tidak tahu tentang perkahwinan Abang Viva.

“Cukuplah air mata yang telah jatuh ke pipi mak ayah saya yang dah tua. Berhenti kaitkan kami dengan mereka. Kepada pengantin lelaki. Selamat pengantin baru dan terima kasih kerana abaikan mak ayah dan keluarga. Hanya jauhari mengenal manikam,” Antara coretan yang ditulis individu yang didakwa sebagai kakak kepada Abang Viva.

Sejurus selepas itu, Abang Viva terus memuatnaik hantaran di Facebook yang memberitahu dia akan menjelaskan segalanya malam ini, sekaligus seolah mengesahkan seperti ada konflik telah berlaku dalam keluarga.

“Tunggu live malam ni untuk jelaskan semuanya dan korang boleh nilaikan sendiri..sekarang ini tengah kerja” katanya.

Bagaimanapun dalam ruangan komen di FB dia, ramai menasihatkan agar tidak teruskan hasratnya untuk membuat penjelasan mengenai hal dalaman keluarganya kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.

Baca juga: Mahathir tidak kisah jika perlu mulakan langkah pertama bertemu dengan Anwar

Baca juga: ‘Banyak kali dapat surat pegawai kanan SUK tapi diabai saja’ – Guna kuasa yang ada bantu marhaen dari tekanan penguasa