Malaysia Dateline

Ahli Parlimen Australia tidak lupa asal usul berucap guna bahasa Melayu dalam sidang Parlimen

Di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung itulah peribahasa yang mungkin sesuai dengan seorang Ahli Parlimen Australia yang tidak melupakan asal usulnya apabila berucap dalam Bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan.

Sam Lim merupakan anak kelahiran Malaysia menggunakan bahasa Melayu dan Cina ketika ucapan sulungnya di Parlimen Australia itu baru-baru ini.

Ketika berucap dalam bahasa Melayu beliau tidak nampak kaku malah merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Australia dan Malaysia yang telah memberi sokongan kepadanya sepanjang tempoh proses pilihan raya itu berlangsung.

“Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelosok dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.

“Terima kasih atas semua dukungan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia. Terima kasih semua,” kata beliau dalam video yang dimuat naik di laman Twitter milik Pembantu Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Tim Watts.

Difahamkan, Sam Lim, 61, telah memenangi kerusi Perth di Tangney pada pilihan raya umum Australian baru-baru ini sekaligus dilantik sebagai ahli parlimen mewakili Parti Buruh.

Dalam pada itu, kemenangan Parti Buruh pada pilihan raya umum Australia pada Mei lali mendapat perhatian apabila dua calon mereka, Sam Lim dan Penny Wong merupakan kelahiran Malaysia.

Menurut kenyataan Sinar Harian, Sam Lim dilahirkan di Muar, Johor di kampung Parit Zin dan berhijrah ke negara itu pada 2002 dan Penny Wong pula dilantik sebagai menteri luar dan telah berpindah ke negara itu pada tahun 1976.

Untuk rekod, sebelum Sam Lim berkhidmat sebagai pegawai polis di Australia Barat, beliau merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Baca juga: Justin Bieber umum konsertnya di Malaysia bulan depan dibatalkan mahu utamakan kesihatan

Baca juga: Tak kisah digelar wanita terhodoh di dunia, asalkan anak bahagia