Malaysia Dateline

Ahli Parlimen lompat parti pun ada dalam senarai Jawatankuasa Pilihan Khas

Dua Ahli Parlimen lompat parti juga menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas susulan Dewan Rakyat meluluskan usul Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) 2022.

Kedua-duanya iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) antara 11 Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa bagi tujuan penyediaan RUU berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah yang merupakan Ahli Parlimen Larut dianggap dalang dalam ‘Langkah Sheraton’ sehingga terbentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 1 Mac 2020.

Sebelum itu, Bersatu membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari 2020 sekaligus menyaksikan kejatuhan kerajaan PH.

Kini, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri merupakan Setiausaha Agung PN.

Hamzah Zainuddin

Sementara itu, Wilfred Madius Tangau yang merupakan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) iaitu sebuah parti komponen dalam BN pada awalnya.

Namun, pada Ogos tahun lalu, UPKO diterima sebagai parti komponen terbaharu PH.

Wilfred Madius Tangau

Selain mereka berdua, sembilan lagi Ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memperusikan jawatankuasa itu.

Turut menganggotai jawatan tersebut ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang); Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas); ; Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu); Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti); Gobind Singh Deo (PH-Puchong); Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang); ; Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH-Kulim-Baharu) dan Datuk Ignatius Dorell Leiking (Warisan-Penampang).

Baca DAP bincang pelan tindakan hadapi PRU15, sasar aktifkan seluruh jentera pilihan raya sebelum Ogos

Baca Anuar Zain berangkat ke Syria untuk misi kemanusiaan