Malaysia Dateline

Ahli Parlimen Lumut nafi minta wang

Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli menegaskan pesanan menerusi aplikasi media sosial kononnya beliau mahu meminjam sejumlah wang sebagai palsu.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berharap agar sesiapa yang menerima pesanan tersebut mengabaikan mesej tersebut.

“Malam ini (tadi) terdapat beberapa rakan dan kenalan saya menerima pesanan Telegram yang menggunakan nombor saya untuk meminta sejumlah wang.

“Mesej tersebut adalah palsu. Saya tidak pernah meminta mana-mana individu untuk meminta wang dengan cara sebegini.

“Saya memohon agar anda tidak melayan mesej ini,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Dr Hatta yang juga Setiausaha Agung AMANAH itu turut berkongsikan tangkap layar individu yang mendakwa sebagai dirinya.

“Boleh bagi pinjam duit RM2,000 ke, InsyaAllah esok pagi saya bank in balik,” kata penipu itu sambil memberitahu menggunakan akaun bank keluarga yang tertera nama ‘Zamani bin Ibrahim’.

Baca: Konvensyen AMANAH berjalan secara hibrid selepas tangguh kerana banjir

Baca: Fazura latih anak bangun sahur dari kecil