Malaysia Dateline

AJK masjid, surau di Selangor dilarang terlibat aktiviti politik termasuk sumpah laknat

Jawatankuasa masjid dan surau di negeri Selangor dilarang sama sekali terlibat dengan aktiviti politik kepartian seperti solat hajat dan majlis sumpah laknat.

Dalam surat yang diedarkan kepada seluruh masjid dan surau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) arahan dan peringatan itu dibuat selaras dengan has DYMM Sultan Selangor agar masjid dan surau di negeri ini dapat dikekalkan sebagai tempat ibadah semua umat Islam yang sentiasa aman, kondusif dan bebas daripada sebarag elemen kepartian dan mampu membawa penyatuan ummah.

“Jabatan Agama Islam Selangor mengingatkan kepada jawatankuasa msjid surau di negeri Selangor tidak dibenarkan sama sekali terlibat dengan apa-apa program politik kepartiam termasuk terlibat mengimamkan solat hajat atau membenarkan dan mengendali bersama majlis deklarasi atau sumpah laknat atau mubahalah dalam pelbagai bentuk dan cara yang melibatkan individu dari mana-mana parti.

AJK masjid surau di Selangor dilarang terlibat aktiviti politik termasuk sumpah laknat

“Sultan Selangor juga menitahkan pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau agar sentiasa memelihara kemuliaan institusi masjid daripada dicemari oleh sebarang elemen yang boleh merosakkan perpaduan,” maklum surat tersebut.

Terdahulu, Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur telah menjadi saksi sumpah laknat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang keputusan kesnya yang membabitkan penyelewengan wang SRC.

Najib membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan.

Dalam sumpah itu, Najib antara lain mengulangi penafian beliau terbabit dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) atau ‘mengarahkan mana-mana anggota atau pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akuan bank aku untuk apa-apa tujuan pun’.

Baca juga: Sumpah Najib dalam kes jenayah sivil bidaah, tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam

Baca juga: Berhenti sekolah sebab kahwin, wanita 27 tahun sambung semula sekolah menengah dengan anak