Malaysia Dateline

Akan ada 1 tahun dunia panas melampau dalam tempoh lima tahun lagi

Perubahan iklim di peringkat global dilaporkan akan bertambah panas dalam tempoh lima tahun akan datang antara tahun 2022 hingga 2026.

Menurut AFP, amaran itu dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi peringatan bahawa suhu global akan melebihi penanda aras 1.5 darjah Celsius di atas paras praperindustrian buat sementara waktu.

Menurut Organisasi Meteorologi Dunia PBB, terdapat 93 peratus peluang sekurang-kurangnya satu tahun antara 2022 hingga 2026 menjadi yang paling panas dalam rekod.

Ketua WMO, Petteri Taalas berkata, jika ia berlaku, ini akan mengeluarkan 2016 daripada kedudukan teratas pernah berlaku kepanasan melampau.

Selain itu, purata suhu lima tahun akan datang lebih tinggi daripada lima tahun lalu (2017-2021) juga diletakkan pada 93 peratus.

“Kajian ini menunjukkan dengan tahap kemahiran saintifik yang tinggi kita semakin hampir untuk mencapai sasaran rendah Perjanjian Paris buat sementara waktu,” katanya memetik AFP.

Tambahnya lagi, angka itu bukan statistik rambang.

Sebaliknya adalah indikasi di mana impak cuaca akan bertambah bahaya kepada manusia dan seluruh alam.

Baca juga: Khairy bagi tempoh dua bulan siasat isu buli doktor pelatih

Baca juga: Jurang gaji antara jantina menyebabkan sesetengah wanita Asia RM527,160 lebih miskin