Malaysia Dateline

Akaun Dr Rafidah digodam lagi, netizen syak mungkin sebab suka tekan link ‘scam’

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah sekali lagi menarik perhatian ramai di sosial media apabila akaun Twitternya digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut, maka tidak hairanlah apabila akaun doktor yang popular dengan ciapan sensasinya ini menjadi sasaran untuk digodam.

Kelihatan seperti isu yang kecil, namun kejadian ini menjadi perbualan hangat di media sosial berikutan akaun bank milik Dr. Rafidah turut digodam tahun lalu.

Pada Ogos 2022, beliau mengalami kerugian sebanyak RM13,000 selepas wangnya itu lesap dari akaun CIMB miliknya.

Ketika kejadian berlaku, ramai orang menzahirkan rasa simpati mereka dan turut berkongsi langkah yang perlu dilakukan setelah kehilangan wang.

Namun berbeza dengan kejadian sekarang, rata-rata pengguna media sosial berpendapat doktor yang banyak memberi kesedaran tentang penyakit buah pinggang itu bersikap cuai dalam mengendalikan telefon pintarnya.

“Hacked? Lol. Lebih kepada cuai,” kata pemegang akaun yang bernama Tristupe.

“Sekarang masuk akal kenapa dia hilang duit baru-baru ini dalam akaun bank,” kongsi pengguna lain.

Selain itu ada juga pengguna yang berpendapat bahawa Rafidah sebenarnya telah terdedah kepada aktiviti pancingan data atau lebih dikenali dengan ‘phishing’

“Akaun bank kena godam, akaun Twitter pun kena godam. Selalu tekan link scammer ke?,” komen pengguna Twitter.

“Banyak tekan phishing link kot,” teka pengguna bernama Zikrihakimie.

Baca juga: Kena ‘body shaming’ dalam bahasa asing, wanita buat aduan guna bahasa sama kepada pengurus