Malaysia Dateline

Akibat lombong mata wang kripto, tak sampai setahun RM16 juta milik SESB hangus

Akibat aktiviti perlombongan mata wang kripto seperti Bitcoin yang membuat penyambungan elektrik secara haram, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menanggung kerugian mencecah RM16 juta dalam tempoh 11 bulan ini.

Dalam tempoh sama juga, SESB dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerbu 54 premis yang dikenal pasti melakukan penyambungan haram.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar, berkata seorang individu ditahan di Tuaran, dipetik BH.

Beliau berkata, pihaknya turut telah mengenal pasti sejumlah lokasi kegiatan haram itu di seluruh Sabah untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang awam melaporkan kepada SESB kerana sambungan haram akan menyebabkan gangguan bekalan akibat arus melampau secara tidak langsung.

Baca juga Hampir 2,000 hektar Tanah Rizab Melayu di Selangor belum diganti

Baca juga [VIDEO] Terbaiklah bang! Muzik video macam…