Malaysia Dateline

Hampir 2,000 hektar Tanah Rizab Melayu di Selangor belum diganti

Prestasi pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu (TRM) menunjukkan 1,881.80 hektar atau 42.5 peratus keluasan TRM belum diganti setakat Disember 2021.

Data itu didedahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2020 Siri 1.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata penilaian output berdasarkan prestasi keseluruhan TRM sehingga Disember 2021 menunjukkan sasaran keluasan TRM seperti yang ditetapkan oleh Wasiat Raja-Raja Melayu belum dicapai, iaitu 20.5 peratus berbanding 50 peratus yang disasarkan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, inisiatif yang dilaksanakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bagi pembangunan TRM selaras dasar Rancangan Struktur Negeri 2035 adalah tidak menyeluruh bagi manfaat orang Melayu.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas Pengurusan dan Penggantian TRM yang diwujudkan juga tidak pernah membincangkan secara khusus berkenaan TRM yang berpotensi dimajukan pada masa hadapan serta inisiatif usaha sama bagi menggalakkan pembangunan TRM.

Baca juga ‘Dah 4 kali jumpa AM sejak PRU15 tapi PM masih belum ada’

Baca juga Cristiano Ronaldo individu pertama di dunia miliki 500 juta pengikut di Instagram