Malaysia Dateline

Ini akibat tak guna laluan motor, kereta ‘pancung’ dua lorong sekaligus…

Laluan motor bersebelahan lebuh raya tak nak guna. Pemandu kereta pula boleh ‘pancung’ dua lorong sekaligus.

Akibatnya, berlakulah kemalangan apabila dua tindakan tidak selamat itu berlaku serentak dan bertembung tepat pada masanya.

Rata-rata pengguna jalan raya berpendapat, keengganan penunggang motosikal menggunakan laluan khas untuk mereka bersebelahan beberapa lebuh raya di Lembah Klang adalah menyusahkan orang lain.

Dalam masa sama, pemandu kereta pula perlu lebih peka semasa memotong dengan tidak sewenang-wenangnya ‘pancung’ dua lorong sekaligus ketika trafik sedang sesak.

Reaksi itu susulan perkongsian video menerusi rakaman kamera perakam video (dashcam) di Facebook DashCam Malaysia yang menunjukkan sebuah motosikal merempuh sebuah Myvi berwarna merah.

“Tolonglah guna lorong motor. Penunggang lain boleh saja guna. Kenapa anda tak boleh?

“Waktu trafik sesaklah, motor tunjuk hebat dia. Jangan kata Lebuhraya Persekutuan. Jalan utama biasa pun sama, ada insiden macam ni,” antara komen warganet.

Dalam masa sama, pemandu kereta juga diingatkan agar peka dengan kemunculan motor walaupun sudah memberi isyarat tukar lorong.

“Ada tu, kita dah bagi signal kiri. Motor nak terus juga potong kiri kita.

“Kena lebih berhati-hatilah walaupun bukan salah kita. Tak nak jadi masalah,” kata seorang pemandu.

Baca juga Laju melulu, main telefon, tak pakai tali pinggang keledar – Pemandu wanita ini teruk kena kecam

Baca juga Luar biasa! Lautan manusia banjiri pekarangan rumah Shah Rukh Khan sempena hari lahir aktor itu