Malaysia Dateline

Akibat tolak ajakan bertemu 11 malam, wanita 21 tahun diugut sebar video intim

Bekas kekasih kepada ikon permotoran dikatakan dihubungi suspek melalui satu mesej di WhatsApp pada jam 3.30 petang, 19 Oktober lalu mengajak mangsa keluar pada jam 11 malam.

Bagaimanapun, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, siasatan mendapati suspek dipercayai mengugut mangsa selepas wanita itu menolak ajakannya untuk bertemu.

“Mangsa menolak ajakan itu dan perkara itu dipercayai menyebabkan suspek mengugut mahu menyebarkan video mangsa bersamanya melakukan hubungan terlarang di media sosial.

“Ugutan itu menyebabkan mangsa berasa takut dan tertekan sebelum dia akhirnya tampil membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada jam 5.40 petang, Rabu lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin, siasatan turut mendapati mangsa yang berusia 21 tahun mula mengenali suspek pada 2020.

“Berikutan itu, suspek yang berusia 22 tahun ditangkap pada 9 Disember (Jumaat) lalu untuk membantu siasatan dan kini direman empat hari sehingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah,” tambahnya lagi.

Baca juga Amaran hujan lebat di 5 negeri, KL dan Putrajaya

Baca juga Nak sangat bola mata warna lain sampai sanggup buat tatu, wanita kini alami cacat penglihatan