Aktivis Mona Din yang memperjuangkan keadilan untuk remaja perempuan sindrom down Bella, mempersoalkan bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) boleh bekerjasama dengan NGO yang dianggapnya ‘orang kuat’ pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
“Kita bukan menentang sebarang kerja amal, cuma dalam banyak NGO di Malaysia, JKMWPKL bersama bergabung tenaga dengan ‘orang-orang kuat’ Siti Bainun.
“Itu yang buat kita pelik, kan?” soalnya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.
Mona berkata paling membuatkannya terperanjat apabila Syed Azmi bersama NGO PuakPAYONG sedang berkolaborasi bersama JKM Wilayah Persekutuan!
“Saya yang membaca (hantaran Syed Azmi) terus cakap, wow!
“Apatah lagi apabila melihat wajah-wajah JKMWPKL yang berdiri bergambar bersama dalam foto. Terus saya keliru sekejap.
“Bukan geng JKM inikah yang serbu kondominium Siti Bainun dan selamatkan anak-anak angkat serta ahli kondo yang seramai berbelas orang dulu?” soalnya.
Mona berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Syed Azmi Alhabshi mengenai kerjasama dengan JKMWPKL dan NGO, PUAKPayong bagi program Freemarket tertutup Asrama Akhlak 2022.
Sebelum ini, Syed Azmi yang juga Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) didesak supaya dilucutkan pelantikan ekoran kedudukannya sebagai penasihat dan pengasas bersama Rumah Bonda.
Petisyen yang dibuat oleh tiga individu terhadap Syed Azmi itu turut mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd. Harun supaya campur tangan.
Mengulas lanjut, Mona turut mempersoalkan sejauhmana tindakan Rina terhadap desakan pemecatan Syed Azmi yang pernah dilapor risau jika emosi Siti Bainun sebagai suspek dalam kes Bella terganggu.
“Mungkinkah ini antara sebab Menteri KPWKM pun tak nak #pecatsyedazmi.
“Betulkah agaknya JKM di bawah Menteri Wanita Rina memang melindungi Syed Azmi?
“Ahli politik lain protect Syed Azmi juga ke? Depa protect Siti Bainun sekali tak? Sungguh saya pening!” kata Mona lagi.
Baca Selepas TMJ bertemu Rina dan wakil UNICEF, 4 peguam pemerhati hadir bicara kes Bella
Baca Ustaz didakwa cabul 12 pelajar bawah umur dengan tiga taktik