Malaysia Dateline

Akui gemuruh bertanding di Sungai Buloh, hari ini Khairy Jamaluddin sah berhadapan 6 saingan

Khairy Jamaluddin yang dipindah ke Parlimen Sungai Buloh hari ini sah akan bertanding di kerusi tersebut dengan berhadapan enam saingan.

Enam saingan yang akan melawannya di Sungai Buloh antaranya Harapan, Perikatan Nasional, GTA, RPM dan dua calon bebas.

Pegawai pengurus pilihan raya Mohd Jusni Hashim mengumumkan proses penamaan calon di Dewan Kenanga, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Shah Alam ditutup pada jam 10 pagi.

Calon yang mendaftarkan pencalonan bagi kerusi panas itu ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Barisan Nasional-Umno), Ramanan Ramakrishnan (Pakatan Harapan-PKR), Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional-PAS), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Gerakan Tanah Air -Pejuang ), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia), Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff (Bebas) dan Nurhaslinda Basri (Bebas).

Sebelum ini Khairy mengakui gemuruh untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh yang merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH).

Penyandang kerusi Rembau itu berkata, BN tewas dengan majoriti 20,000 di kawasan itu pada 2018 namun menganggap hal itu sebagai cabaran buat dirinya menawan kembali kerusi tersebut.

Menurutnya, walaupun menang tiga penggal di Rembau namun dirinya adalah calon ‘underdog’ di Sungai Buloh dan perlu bekerja keras untuk mencapai kemenangan.

Baca juga: Kesemua calon dari AMANAH layak bertanding PRU15