Malaysia Dateline

‘Alam tidak akan berkelakuan aneh jika tidak dicederakan, tiada negeri lain tanam Musang King di ketinggian 1,000 m’

Sesiapa pun boleh nampak punca kepala air di Kupang, Kedah petang semalam. Setakat ini, tiga individu dipercayai hilang dibawa arus.

Gambar 1 adalah dari Outdoor Map applikasi Windy pada imej satelit terkini yang menunjukkan aktiviti membalak pada muka bumi berketinggian 1,029 meter dari paras laut.

Gambar 2 menunjukkan lokasi Kampung Iboi, Kupang, Kedah pada imej satelit lama Google Earth.

Gambar 3 menunjukkan lokasi Kampung Iboi, Kupang, Kedah pada imej satelit baharu Outdoor Map applikasi Windy.

Gambar 4 menunjukkan saliran sungai yang turun dari kawasan pembalakan tersebut?

Mungkin akan ada penafian dari pihak yang seharusnya dipertanggungjawabkan. Paparan di sini sekadar mengajak anda melihat yang alam tidak akan berkelakuan aneh dengan kejadian biasa tanpa ia kesakitan kerana dicederakan.

Kepala air boleh terjadi di mana-mana. Tapi magnitudnya sekadar dalam lingkungan aliran maksimum sungai.

Namun, kesan pembalakan kaedah gondol, baru atau lama, adalah punca kepala air dengan banjir lumpur. Apabila sisa pembalakan ini mengempang aliran, dan runtuh, arusnya meruntuhkan tebing dan tanah runtuh itulah mewujudkan banjir lumpur.

Nasihat saya, sambil mengecam pihak yang menyebabkan kejadian, penduduk terbabit harus mengambil peluang yang mungkin anda tidak tahu. Garis kemuncak Banjaran Bintang merupakan jalur emas 1 di Semenanjung.

Itu yang menghairankan apabila pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut pi tanam Musang King? Mana ada negeri lain buat. Tadahan air tu. Dah membuat kesusahan pada orang kampung terpaksa saya habaq pi.

Baca juga Selepas sebulan bencana kepala air Yan, apa yang segera?

Baca juga Mangsa banjir Shah Alam cerita kisah sebenar, terpaksa minum air tandas