Malaysia Dateline

Alasan terlalu lama tunggu-Pengguna motosikal paling ramai langgar lampu isyarat

Alasan terlalu lama menunggu lampu isyarat antara sebab pengguna motosikal paling ramai melanggar lampu isyarat.

Bagaimanapun tindakan melanggar lampu isyarat ini bukan sahaja membahayakan nyawa penunggang motosikal itu sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan memaklumkan itu alasan yang diberikan pengguna jalan raya yang ditahan dalam operasi Utama Khas Lampu Isyarat di Jalan SS7/26 di sini Khamis lalu.

“Pengguna motosikal antara paling tinggi dikesan melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat.

“Alasan diberikan antaranya nak cepat, terlalu lama menunggu lampu isyarat selain lambat untuk menuju ke destinasi.

Operasi dijalankan pihaknya itu bermula jam 10.30 pagi sehingga 11.45 pagi telah mengeluarkan sebanyak 170 saman melibatkan pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan yang dikesan antaranya melanggar lampu isyart, lesen tamat tempoh, tidak memakai topi keledar, tidak memiliki lesen memandu dan pelbagai kesalahan lain.

“Motosikal antara kenderaan tertinggi dikenakan saman iaitu 116 saman selain 39 saman bagi kereta manakala lima untuk lori dan lain-lain kenderaan,” katanya.

Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Baca juga: Anwar hantar usul krisis RM jatuh dan harga barang naik, perlu disegerakan demi rakyat

Baca juga: Sanggup jual anak umur 10 tahun dekat rakan, bapa ditahan reman