Malaysia Dateline

Anwar hantar usul krisis RM jatuh dan harga barang naik, perlu disegerakan demi rakyat

Prihatin dengan nasib rakyat hari ini Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim memgemukakan usul kejatuhan nilai mata wang dan krisi kenaikan harga barang kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Usul tersebut telah diterima Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara yang telah menjejaskan kehidupan rakyat dan isu ini teramat memberi kesan kepada rakyat dan negara.”

Anwar hantar usul krisis RM jatuh dan harga barang naik, perlu disegerakan demi rakyat

Perkara ini perlu disegerakan kerana kenaikan harga barang yang mendadak dan kejatuhan nilai mata wang negara terkini memberi kesan terus kepada rakyat baik secara jangka pendek dan jangka panjang.

“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” kata Anwar.

Parlimen mula bersidang 3 Okt hingga 29 Nov

Pembentangan Bajet 2023 menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 yang dijadual bersidang selama 32 hari bermula 3 Oktober hingga 29 November.

Berdasarkan laman sesawang Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 itu bakal dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 4 petang, 7 Oktober.

Anwar hantar usul krisis RM jatuh dan harga barang naik, perlu disegerakan demi rakyat

Bajet 2023 bertemakan ‘Memperkukuh Pemulihan dan Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia’ itu dijadual dibahas di peringkat dasar bermula 11 hingga 26 Oktober sebelum jawapan oleh menteri-menteri selama empat hari.

Perbahasan peringkat jawatankuasa akan bermula dari 3 hingga 23 November sebelum rang undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, mesyuarat berkenaan mungkin menjadi yang terakhir untuk penggal Parlimen ke-14 ekoran spekulasi pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat termasuk beberapa hari selepas Bajet 2023 dibentangkan bertiup kencang, bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baca juga: Penculikan ke Thailand tumpas ejen kosmetik selamat dibawa pulang, 7 lelaki ditahan

Baca juga: Mahu kejar populariti sampai hina penguat kuasa di TikTok, penganggur ditahan