Malaysia Dateline

Aliff Syukri tak serik, dulu dengan penari ‘lentok’ kali ini ghairah berdangdut dengan Baby Shima

Usahawan kosmetik yang sensasi Datuk Seri Aliff Syukri buat hal lagi kali ini dikecam kerana memuat naik paparan muzik video lagu dangdutnya menari ghairah bersama Baby Shima.

Jika sebelum ini muzik video hari raya beliau dengan menari bersama penari lentok telah menimbulkan kontroversi sehingga ramai yang mengecam dan menyifatkan ia promosi kepada LGBT.

Bahkan beliau turut dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aldilfitri itu.

Menyedari tularnya Video itu Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri memberikan teguran kepada Aliff supaya membatalkan hasrat melancar muzik video tersebut.

“Sekali lagi Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.

“Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat,” katanya.

PU Syed turut mengingatkan Aliff supaya memikirkan perasaan isteri dan anak-anak melihat aksi tidak sepatutnya itu yang dipertontonkan di khalayak ramai.

“Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang. Apa yang kamu mahu dedahkan kepada masyarakat.

“Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat,” katanya dipetik Rotikaya.

Dalam pada itu, PU Syed berharap agar Aliff berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan perkara dilarang agama serta bertanyakan adakah dia sudah bersedia menanggung dosa orang ramai.

“Kamu ada nama dan pangkat, tolonglah berfikir sebelum melakukan perbuatan mungkar. Fikir halal haram, fikir pahala dan dosa dan fikir mati kita.

“Saat kematian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dosa penonton yang menonton video dangdut mengarut kamu ini?

“Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Seri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri,” katanya.

Baca juga: Selepas 2 bulan kahwin dengan hantaran RM149,346.15 rumah tangga atuk bersama gadis 19 tahun berkecai

Baca juga: Sajat tanya macam mana nak senang mengandung, netizen balas “period teratur tak bang”