Malaysia Dateline

AMANAH siap hadapi PRU-15, 1300 jentera pilihan raya berkumpul di Shah Alam pagi tadi

1300 petugas pilihan raya AMANAH berkumpul dengan penuh semangat pagi tadi di dewan Komplek Kebudayaan Selangor dekat Shah Alam bagi membincangkan halatuju dan gerakkerja menjelang pilihan raya umum ke 15.

Program yang dirasmikan oleh Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu itu diyakini para pesertanya memberikan semangat baru untuk berhadapan dengan PRU-15.

Mohamad Sabu merasmikan perhimpunan jentera pilihan raya AMANAH di Shah Alam pagi tadi.

“Saya yakin semakin jentera parti semakin bersemangat dengan suntikan dan penjelasan pimpinan parti terutama presiden dan pimpinan nasional apatah lagi dengan kehadiran penuh peserta dari seluruh negara,” kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Selangor, Azli Yusof.

Beliau yang juga Ketua AMANAH Shah Alam berkata, AMANAH bertekad untuk mengembalikan semula mandat rakyat dan kembali memerintah kerajaan persekutuan.

Para petugas pilihan raya AMANAH dari seluruh negara berkumpul di Shah Alam pagi tadi.

“Kita berazam untuk hentikan keroskan yang terus menerus yang dilakukan kerajaan BN dan PN yang ada,” kata beliau kepada Malaysia Dateline.

Katanya, perhimpunan yang penuh semangat hari ini akan membekalkan tenaga untuk para jentera pilihan raya AMANAH membuat persiapan di kawasan pilihan raya masing-masing.

“Semangat yang berkobar-kobar kami hari ini mengembalikan mandat rakyat tambahan pula selepas Akta Lompat Parti diluluskan,” tambah beliau lagi.

Azli yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor berkata, jentera parti itu akan melipatgandakan usaha untuk menemui pengundi menjelang pilihan raya nanti.

Mohamad dan pimpinan AMANAH menaikkan placard BN = Barang Naik bagi melancarkan kempen PRU-15.

Dalam perhimpunan itu, Mohamad Sabu menberikan justifikasi kepada AMANAH dan Pakatan Harapan kenapa mereka perlu menang semula dalam pilihan raya umum akan datang.

Hampir kesemua pimpinan utama AMANAH termasuk timbalan presiden, Datuk Seri Salahudin Ayub, Pengarah Pilihan Raya, Datuk Asmuni Awi, Ketua Pemuda Hasbie Muda, Ketua Wanita, Aiman Athirah Aljundi dan lain-lain hadir dalam majlis ini.

Kesemua mereka menaikkan plakad BN = Barang Naik bagi mengutuk kerajaan Barisan Nasional yang gagal mengawal kenaikan melonjak harga barangan sekarang.

Kempen AMANAH ini bermula sejak awal Julai lalu dengan perhimpunan di depan Masjid Kampung Baru diikuti dengan flash mob di seluruh negara.

Baca juga: Akhirnya Nurul Izzah berkahwin semula, kali ini dengan Yin Shao Loong

Baca juga: 10 tahun tunggu jalan dibaiki, lelaki sindir kerajaan pancing di lubang jalan raya