Malaysia Dateline

Amaran cuaca buruk – Biar masyarakat yang gelabah bukan agensi

Rakyat Malaysia pasti menyedari tentang amaran cuaca buruk yang dijangka bermula bulan depan dengan perlu bersiap siaga berdepan hujan lebat, ribut dan banjir.

Malah, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur baru-baru ini telah mengingatkan rakyatnya yang berada di negara ini untuk bersiap sedia berdepan Musim Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan.

Itu sebabnya penduduk terutama di kawasan rendah diingatkan oleh pemerhati cuaca supaya sentiasa mengambil tahu perkembangan cuaca di kawasan masing-masing melalui applikasi unjuran cuaca seperti Windy dan NOAA.

Ikuti pandangan pemerhati geografi, MATGEO dengan kira-kira 118,000 pengikutnya yang aktif berkongsikan analisis pencerapan unjuran cuaca semasa di media sosial:

Lihatlah bukti yang saya tidak boleh bercuti satu hari pun. Ada saja benda perlu dijawab setiap hari. Harus diingatkan yang saya bukan ‘parti lawan’ kepada agensi meteorologi negara. Tapi apa yang buat orang pening, saya lawan.

Pertama, dari siaran Oh Bulan, yang menyebut 10 juta orang boleh terjejas banjir 4 hari lalu yang didakwa sebagai kenyataan MetMalaysia, agensi tersebut muncul menafikannya 3 hari lalu.

Kedua, bertitik tolak dari nasihat jumlah orang terjejas itu, maka keluar pula kenyataan dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) tentang amaran kepada warga mereka di Malaysia supaya bersedia menghadapi masalah elektrik dan bekalan air. Bukan kedutaan itu suruh tinggalkan Malaysia sebab pawana akan tiba menghembus hati insan.

Keempat, adalah tidak bermoral untuk agensi menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mengugut sebaran alternatif yang berkait cuaca. Yang menipu dalam sebaran politik, membuatkan masyarakat tertipu, berpecah belah, elok je tak dibuat apa. Itu yang sengaja sebar fahaman bumi leper, dok seronok berhancing dekat 10 tahun.

Kelima, jika semua agensi meteorologi menangkap pengamal media sosial yang memaparkan kenyataan yang dipetik dari mereka sendiri, yang berubah-ubah dan mengelirukan, siapa patut kena tangkap?

Saya malas nak rujuk sama ada Oh Bulan menipu atau tidak. Bagi saya jika berlaku banjir besar dan cuaca buruk, kesemua 33 juta penduduk negara terlibat dalam pelbagai perkara menanggung kenaikan harga barang, terganggunya nikah-kahwin, merudumnya akvititi ekonomi pelancongan, terganggunya perhubungan.

Menggelabah yang bukan-bukan biarlah masyarakat saja. Agensi meteorologi tolong jangan menggelabah sama sekali.

Agensi meteorologi hendaklah berkhidmat berpaksikan kesejahteraan masyarakat bukan kepentingan para kemaruk kuasa.

Baca juga Renjatan elektrik dari mikrofon kena wajah dibasahi peluh hingga mulut kebas – Noh bukan meludah ke penonton

Baca juga Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai