Malaysia Dateline

Ambil upah belah ikan bilis, ibu tunggal gigih sara 3 anak yang masih bersekolah

Seorang ibu tunggal mengambil upah belah ikan bilis bagi menyara tiga orang anaknya yang masih bersekolah.

Ibu tunggal yang dikenali sebagai Zawahir Mat Noor, 51 tahun telah mengambil upah membelah ikan bilis dengan kadar upah yang amat sedikit iaitu hanya RM2 sekilo.

Beliau terpaksa berhadapan dengan segala kesakitan seperti lenguh pinggang dan tangan beliau demi sedikit upah untuk menyara keluarga mereka.

Inilah yang terpaksa dihadapnya demi mendapat sesuap nasi. Malah dengan kerja ini dapat dilakukan oleh beliau hanya ketika stok ikan bilis dihantar kepada beliau.

Walau sedikit Zawahir tetap bersyukur dengan nikmat yang ada.

Dengan upah tersebut dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anak-anak, beliau sempat menyara kehidupannya dan 3 anak-anaknya yang masih bersekolah.

Muszleem Malaysia dengan kerjasama wakil kampung sempat menziarah Puan Zawahir di kediamannya dan menyantuni beliau dengan pemberian Kotak Infak.

“Semoga dengan pemberian Kotak Infak ini, dapat meringankan sedikit beban beliau dan anak-anak. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang di luar sana,”kata Johar Ismail.

Katanya, tanpa sumbangan ikhlas anda, misi bantuan ini tidak dapat dijalankan semoga kebaikan anda semua dibalas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda jua.

Baca juga: Pilihan raya Padang Serai warisan rantak tempo PRU15, kemaraan politik peras ugut