Malaysia Dateline

Anak bukan mesin pencen ibu bapa, generasi kini terbeban hutang pendidikan, segala kos mahal – Pakar kewangan

“Anak-anak bukan mesin pencen kita, generasi kini tebeban hutang pendidikan, kos serba serbi mahal”. Itu pendapat yang dinyatakan oleh seorang pelabur dan pakar hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad.

Beliau berkata, ada ibu bapa mengharapkan sumbangan anak-anak apabila mereka bersara nanti, namun ia bukanlah langkah yang bijak kerana faktor kewangan anak muda hari ini tidak sama macam zaman dahulu.

Zaman kini, serba serbi perlu dibeli sendiri dengan kos yang mahal, bahkan anak-anak juga terikat dengan hutang pinjaman pendidikan dan bermacam jenis cukai.

“Anak muda hari ini tidak sama macam zaman dulu lagi, zaman mereka serba serbi kena beli. Kerja gomen dan swasta sudah tidak kaya lagi, cukup makan selebihnya untuk bayar tol dan kereta saja nanti

“Graduan dulu tiada hutang, sekarang PTPTN menanti. Jika tak bayar boleh masuk CCRIS hari ni. Itu belum kena potong gaji sebab PKP tak habis-habis lagi.

“Mereka terbeban dengan hutang pendidikan, cukai dan serba serbi mahal hari ini. Itu belum 20 tahun lagi. Mereka juga perlu ada keluarga, anak, isteri dan rumah sendiri,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Pada masa sama, Azli juga berpendapat bahawa ibu bapa yang berwawasan untuk mengharapkan bantuan anak-anak ketika mereka bersara, ia sama seperti menzalimi anak-anak mereka.

Katanya, anak yang solehah akan membantu ibu bapa, tetapi bapa yang soleh harus ada wawasan persaraannya sendiri.

Beliau melihat, jika sekarang ibu bapa sudah merasa susahnya berbelanja, bagaimana nanti zaman anak-anak mereka nanti.

“k anak cucu kita, kerana kita tidak merancang waktu bersara nanti. ‘Anak aku ramai, tiap orang aku mintak seribu sorang. Cukuplah Seploh ribu nak jalan jalan tiap tiap bulan’.

“Jangan jadikan anak anak kita mesin persaraan kita dan tuduh mereka anak derhaka, sebab kita lalai dan langsung tak bersedia untuk bersara,” tambahnya lagi.

Baca juga: Selalu wakaf barang, tapi bolehkah kalau nak wakaf makanan? Ini jawapan mufti yang mengejutkan

Baca juga: Baru tanya harga tapi peniaga dah bungkus, aksi Ryan Bakery ini sekali lagi hiburkan netizen

Baca juga: Padah tendang muka isteri akibat cemburu, lelaki bakal berdepan penjara 2 tahun