Malaysia Dateline

Baru tanya harga tapi peniaga dah bungkus, aksi Ryan Bakery ini sekali lagi hiburkan netizen

Baru sahaja pembeli tanya berapa harga, ada segelintir peniaga pasar malam terus bungkus.

Itu antara pengalaman pembeli yang kemudiannya jadi modal lakonan Ryan Bakery yang buat kesekian kalinya menghiburkan netizen.

“Kadang-kadang kita niat nak tengok-tengok, tanya dulu,” tertera kapsyen ditulis Ryan pada video berdurasi hanya 18 saat itu.

Susulan itu, ramai pula mengaku pernah menempuh pengalaman sama dengan akhirnya menghulurkan saja wang walaupun pada mulanya sekadar bertanyakan harga.

Peniaga buah nampaknya paling kerap disebut warganet mengamalkan ‘taktik’ menjual sebegitu.

Ada juga yang memberitahu segelintir peniaga jagung di Cameron Highlands juga berbuat demikian.

Kat Cameron Highlands banyak yang macam ni, jual jagung. Nak lepuk je batang jagung tu kat yang jual,” kata Daus Angah.

Baca juga ‘Sendiri naikkan, bila rakyat bantah, sendiri turunkan konon bukti kerajaan prihatin’

Baca juga Peniaga buang kopi pelanggan hanya kerana dibayar menggunakan syiling 5 sen