Malaysia Dateline

Anak Husam Musa sumbang emas untuk negara di Sukan Komanwel

Kontinjen Malaysia telah menghantar 13 pemain untuk bersaing dalam dua kejuaraan iaitu Dota 2 dan eFootball, dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel yang diadakan serentak dengan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Terkini, Malaysia berjaya mencipta rekod unggul apabila pasukan Atlantis yang dihantar untuk bertanding dalam Dota 2, telah memenangi pingat emas mengalahkan pasukan dari tuan rumah sendiri, iaitu England.

Anak muda Malaysia ini terdiri daripada William Yeoh Kwok Teong, Denise Danial Abdullah, Chung Wei Shen, Ahmad Ayhad Husam, Pang Sze Xuan, dan Loyd Yong Binjie.

Lebih membanggakan, salah seorang daripada team E-Sukan Malaysia ini adalah anak kelahiran Kelantan, anakanda kepada Datuk Husam Musa, Pengerusi Save Kelantan, lapor admin Facebook Husam hari ini.

India pula dilaporkan hanya memungut pingat Gangsa.

Anak Husam Musa
Pasukan berjaya dalam pertandingan Dota 2

Baca juga: “Sesuatu sangat” – Kecoh kereta pengunjung ekspo MAHA kena tunda, netizen curiga tiba-tiba banyak lori ‘towing’

Baca juga: Pelanggan sempat rakam pekerja diam-diam isi air paip dalam air balang