Anak Najib mohon ‘sahabat-sahabat’ hadir beri sokongan di mahkamah esok

Oleh ARIF ATAN

Datuk Mohd. Nizar Najib, anak sulung Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pihak keluarganya memohon ‘sahabat-sahabat’ untuk hadir memberi sokongan di mahkamah esok.

“Kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir bersama memberi sokongan, mohon jasa baik hadir sebelum jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

“Semoga Ayahanda dilindungi Allah SWT daripada sebarang fitnah, kezaliman dan penganiayaan. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Nizar Najib

Esok adalah prosiding rayuan akhir kes Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Semalam, suami Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di ibu negara.

Kes membabitkan Najib menarik perhatian ramai termasuk media antarabangsa ekoran hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudiannya mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.

Baca juga Makan banyak masa dan petrol, penghuni kongsi pengalaman tinggal di rumah bertingkat tinggi

Baca juga Hangat bercinta kongsi gambar lucah, video bogel: Malu besar sampai berhenti universiti akibat dendam bekas teman wanita