Seorang anggota polis menemui ajal selepas digilis kenderaan lain di Kilometer 37.7 Lebuhraya Elite arah utara, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kemalangan berlaku pada jam 6 pagi.
Katanya, mangsa, Lans Koperal Amirul Faiz Mohammad Ali, 31, bertugas di Istana Negara dan ketika kejadian, mangsa dari arah Melaka menghala ke Jalan Duta, Kuala Lumpur.
“Motosikal jenis SYM ditunggang hilang kawalan dan terlanggar besi penghadang jalan, yang menyebabkan mangsa terjatuh di lorong paling kanan.
“Akibatnya, mangsa digilis kenderaan lain yang belum dipastikan,” katanya hari ini.
Wan Kamarul menambah, motosikal mangsa rosak di bahagian kanan hadapan, lampu belakang dan lain-lain.
“Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.
Baca Juga: Kelantan, Terengganu terancam banjir besar minggu depan, kata aktivis
Baca Juga: Keputusan Bersatu Sabah bubar diri sendiri tanda Mahiaddin tidak lagi diyakini