Malaysia Dateline

Anthony Loke tinjau keadaan LRT sendirian, rasai pengalaman bersesak waktu puncak

Hari pertama menggalas tugas sebagai Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memulakan tinjauan mengejut bagi menilai situasi sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Menerusi hantaran di Facebook, Loke memaklumkan tinjauan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan pihak Prasarana dan media agar beliau dapat mengalami sendiri keadaan sebenar yang dilalui oleh para penumpang setiap hari.

Beliau membuat tinjauan itu sendirian semasa waktu puncak, antara jam 5 hingga 7 petang semalam.

“Petang tadi (semalam), saya meluangkan masa 2 jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa peak-hour di antara pukul 5-7 petang.

“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang. Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT,” katanya.

Justeru beliau memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam dalam negara.

Baca juga: Dua penunggang tergolek, berlanggar sama sendiri gara-gara sibuk berborak atas motor

Baca juga: [VIDEO] Pak Nil luah rasa sebak lihat persembahan pertama Zamani selepas pembedahan tulang belakang