Malaysia Dateline

Anwar calon PM terbaik, paling layak tangani kemerosotan ekonomi

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon Perdana Menteri yang terbaik jika dibandingkan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, Anwar yang paling layak menghentikan kemerosotan Malaysia selepas negara jatuh menjadi negara biasa-biasa kelas kedua.

Beliau menyeru agar setiap pengundi di Semenanjung terutama di Sabah dan Sarawak untuk mengundi dan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

“Saya menyeru setiap pengundi di Sabah untuk mengundi menjadikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, dan bukan Zahid, Mahiaddin, atau Hadi.

“Ini kerana hanya dia (Anwar) seorang sahaja calon perdana menteri yang memahami dan menghargai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk dengan pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya, yang merupakan satu aset untuk kita semua untuk menjadikan Malaysia sebuah majmuk hebat yang bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengingatkan bahawa penting untuk para pengundi di Sabah faham yang pilihan raya pada 19 November ini adalah pilihan raya Parlimen untuk memilih Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan memilih pihak yang membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, bukannya pilihan raya untuk memilih Ketua Menteri Sabah atau membentuk kerajaan Negeri Sabah.

Baca juga: Ada profil ‘politik bersih’, pemimpin yang kuasai lapan warisan dunia ini tersenarai 50 tokoh Islam paling berpengaruh

Baca juga: “Kita paling awal buka, kita paling awal yang buang”-Jentera pilihan raya Arau hilang semangat tanpa Shahidan Kassim