Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari ruang yang terbatas untuk melayan netizen walaupun diruangan media sosial.
Mengakuinya tanggungjawabnya semakin bertambah sekali gus membataskan ruang dan masa untuk membalas komen di laman media sosial tersebut.
Anwar memberikan komitmen bahawa beliau akan mencari masa untuk ‘melayani’ komen netizen di laman media sosial Twitter.
“Ramai mengadu saya jarang jawab ciapan. Tanggungjawab kian bertambah tetapi saya masih ikuti komen teman-teman di Twitterjaya.
“Insya-Allah, saya akan cuba cari ruang dan balas ciapan kawan-kawan semua,” katanya dalam ciapan di Twitter, awal pagi Ahad.
Beberapa netizen turut mencuba membalas ciapan Perdana Menteri ke-10 itu dan memperoleh ciapan balas daripada beliau.
Antara perkara yang menjadi bualan Anwar dan netizen adalah berkaitan topik Piala Dunia FIFA dan tidak kurang juga ada yang menyatakan tidak perlu untuk Perdana Menteri berinteraksi di media sosial sebaliknya fokus kepada membangunkan negara.
Baca juga: Parti komponen yang tetapkan nama menteri, bukan PM