Malaysia Dateline

Anwar umum cuti peristiwa 28 November ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baharu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin, 28 November ini.

Pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sekaligus menjawab tanda tanya orang ramai termasuk pengundi yang gigih melaksanakan tanggungjawab pada 19 November lalu.

“Saya memutuskan esok tidak jadi cuti umum tetapi diganti hari Isnin akan datang (28 November),” katanya dalam sidang media sulung beliau di Kajang sebentar tadi.

Beliau memberitahu keputusan cuti umum itu selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam sidang media sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa pentadbiran kerajaan perpaduan diterajuinya berteraskan tatakelola yang baik.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan rasuah dan salah guna kuasa… Tatakelola harus dikemaskini.

“Ini telah disepakati. Ini juga syarat kita untuk membentuk kerajaan perpaduan,” ujarnya lagi.

Baca juga Begitulah roda kehidupan, tahniah PM-10!

Baca juga Terbang tanpa henti sejauh 13,560 km, burung ini pecah rekod dunia