Malaysia Dateline

Begitulah roda kehidupan, tahniah PM-10!

Pemimpin datang dan pergi. Dulu Datuk Seri Najib Razak berkuasa, kemudian di penjara.

Lebih dua dekad lepas, Datuk Seri Anwar di penjara, hari ini beliau berkuasa.

Tun Dr Mahathir yang berkuasa lebih dua dekad malah menjadi PM dua kali. Hari ini menanti usia.

Begitulah roda kehidupan. Pemimpin silih berganti. Rakyat seperti kita? Perlu bekerja keras seperti biasa. Rancang persaraan untuk keluarga.

Saya tidak harap lebih. Cuma:
✅ Berharap agar negara kekal aman.
✅ Pelabur kekal yakin untuk melabur.
✅ Sesama kaum saling berbagi rasa.
✅ Pendidikan anak-anak diperkasa.
✅ Peluang kerja untuk anak muda sentiasa ada.
✅ Janganlah menteri terlebih korupsi.
✅ Wanita beroleh peluang samarata dalam perniagaan dan pekerjaan.
✅ Ringgit Malaysia tidak terlalu merapuh.

Selebihnya?

Pemimpin datang dan pergi.
Silih berganti.

Hidup rakyat? Kekal di sini.
Bekerja, hidup macam biasa.

Lambat atau cepat, KITA AKAN SEDAR, siapapun yang memerintah – kita jaga sajalah keluarga kita.

Tahniah PM-10!

Mudah mudahan segalanya baik-baik sentiasa.

Baca juga Anwar selesai angkat sumpah PM ke-10 selepas 24 tahun gema Reformasi

Baca juga Kes pelekat dekat peti ais, Sajat dituduh dah balik Malaysia