Malaysia Dateline

Anwar umum senarai 27 Timbalan Menteri – Saiz kurang berbanding era Ismail Sabri, Muhyiddin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri dalam pentadbiran Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Hanya Kementerian Kewangan mempunyai dua Timbalan Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Sim Chee Keong.

Pelantikan Timbalan Menteri ini melengkapkan pentadbiran kerajaan selepas pelantikan 28 anggota Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 3 Disember lalu.

Jam 3 petang esok, kesemua Timbalan Menteri yang dilantik dijadual mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet diterajui Anwar dilihat lebih relevan berbanding era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri yang ‘terlalu besar’ iaitu seramai kira-kira 70 orang menteri dan timbalan menteri.

Berikut senarai 27 Timbalan Menteri:

Kewangan – Datuk Seri Ahmad Maslan

Kewangan – Steven Sim Chee Keong

Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Rubiah Wang

Perladangan dan Komoditi – Siti Aminah Achih

Pengangkutan – Datuk Hasbi Habibullah

Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Chan Foong Hin

Ekonomi – Datuk Hanifah Hajar Taib

Pembangunan Kerajaan Tempatan – Akmal Nasir

Pertahanan – Adly Zahari

Kerja Raya – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Liew Chin tong

Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Mohamad Yusof Apdal

Sains dan Teknologi – Datuk Arthur Joseph Kurup

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Aiman Athirah Sabu

Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Fuziah Salleh

Undang-undang dan Reformasi Institusi – Ramkarpal Singh

Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Saraswathy Kandasamy

Luar Negeri – Datuk Mohamad Alamin

Pelancongan, Seni dan Budaya – Khairul Firdaus Akhbar Khan

Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Hwang Tiong Si

Komunikasi dan Digital – Teo Nie Ching

Pendidikan – Lim Hui Ying

Belia dan Sukan – Adam Adli Abdul Halim

Sumber Manusia – Mustapha @ Mohamad Yunus Sakmud

Kesihatan – Lukanisman Awang Sauni

Jabatan Perdana Menteri – Datuk Wilson Ugak Kumbong

Baca juga Banjir di 4 negeri, 657 mangsa dipindahkan termasuk 26 bayi

Baca juga Murid Tahun Lima dikasari ketika hadiri kem motivasi, empat laporan telah diterima polis