Malaysia Dateline

Banjir di 4 negeri, 657 mangsa dipindahkan termasuk 26 bayi

Seramai 657 mangsa banjir daripada 184 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri setakat petang ini.

Jumlah 657 mangsa banjir itu termasuk 26 bayi dan sembilan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu mencatatkan paling banyak PPS dibuka iaitu enam diikuti Pahang (4), Perak (2) dan satu di Kelantan.

Mangsa banjir paling ramai di Pahang melibatkan 322 orang daripada 99 keluarga manakala 246 mangsa daripada 64 keluarga direkodkan di Terengganu setakat jam 5 petang tadi.

Baca juga Gantung diri selepas ditipu RM156,000 – Polis nasihat orang ramai buat semakan terhadap panggilan

Baca juga Hantar komunikasi lucah, lelaki didenda RM7,000