Malaysia Dateline

Apa boleh buat RM6 bilion daripada skandal LCS? 4 juta laptop percuma, biasiswa 300,000 pelajar

Jumlah perbelanjaan RM6 bilion untuk pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sangat besar, namun jika wang itu tidak dibazirkan ia boleh menyediakan 4 juta laptop percuma kepada pelajar.

Dengan jumlah itu juga boleh menyediakan biasiswa kepada 300,000 pelajar dengan pembiayaan RM20,000 setiap seorang.

Jumlah tersebut juga boleh membina rumah mampu milik kepada anak muda sebanyak 108,625 unit dengan harga RM56,000 sebuah.

Bayangkan dengan dana RM6 bilion kerajaan boleh membantu pendidikan serta pekerjaan anak muda pada hari ini.

Pemuda AMANAH Nasional berpendapat dana RM6 bilion tersebut sekiranya digunakan untuk manfaat rakyat, terutama golongan muda, maka kesan janaan ekonominya amat besar.

“Setiap tahun anak muda kekurangan dana untuk melanjutkan pendidikan tinggi, tidak mempunyai laptop sebagai alat bantu belajar dan jika bekerja, sukar untuk membeli rumah kediaman yang mahal.

Apa boleh buat RM6 bilion daripada skandal LCS? 4 juta laptop percuma, biasiswa 300,000 pelajar

Sehubungan itu, ketuanya Hasbie Muda berkata anak muda Malaysia perlu berfikir lebih kritis terhadap penyelewengan yang berlaku dan telah merampas hak mereka untuk berkehidupan lebih baik.

“Sekiranya korupsi di negara ini dapat ditamatkan melalui Pilihan Raya Umum ke-15 maka penjimatan yang terkumpul akan membolehkan kerajaan mempunyai sumber kewangan mencukupi menyediakan skim latihan kemahiran atau skim pinjaman perniagaan kepada lepasan sekolah atau pusat pengajian tinggi.

Selain itu, Pemuda AMANAH mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan siasatan lengkap ke atas skandal kapal TLDM ini dan segera mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah.

“Mana-mana aset atau dana negara yang telah disalahgunakan boleh diambil kembali untuk menjana ekonomi dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda.

“Wang ini boleh dianggap sebagai pembaziran mega apabila sejumlah RM6 bilion telah dibayar namun kapal masih belum disiapkan selepas 11 tahun.

“Wang negara yang begitu besar tidak wajar dibazirkan untuk pihak-pihak tertentu mengaut komisen atau diselewengkan bagi tujuan peribadi mahu pun politik,” katanya.

Baca juga: Aliff Syukri tak serik, dulu dengan penari ‘lentok’ kali ini ghairah berdangdut dengan Baby Shima

Baca juga: Akak jual air buah dah insaf, sekarang duduk dekat dapur je