Membeli rumah menjadi impian setiap orang apatah lagi membinanya di atas tanah sendiri sudah tentu mahukan rumah yang cantik menggunakan ‘material’ yang dikehendaki. Tahukah anda apa kelebihan rumah yang dibina guna ‘material’ seperti bata merah berbanding bata putih.
Ini penjelasan kontraktor Mahligai Bina Group di mana rata-rata dalam kalangan mereka mengesyorkan penggunaan bata merah.
Bata merah atau bata pasir merujuk kepada bata tanah liat (merah) dan bata pasir (putih). Bata tanah liat atau bata merah dibuat dari campuran tanah liat dan pasir yang dibakar.
Antara kelebihan bata merah pada rumah yang dibina;
1.Dinding rumah mampu menahan haba lebih baik dari bata putih. Ia menjadikan rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas.
2.Batu merah berkualiti tinggi boleh menjadi dinding tanpa plaster dan memberi kesan visual dan estetika yang unik dan menarik.
3.Bata merah lebih kuat ketahanannya dari bata putih pada kadar dua hingga tiga kali ganda.
Namun, kos bagi penggunaan bata merah adalah lebih tinggi berbanding dengan bata putih. Selain itu, permukaan dinding bata merah juga tidak sekata.
Ia memerlukan lebih banyak pasir dan simen untuk meratakannya.
Manakala bata putih pula, ia sesuai untuk pembinaan rumah jenis teres atau satu tingkat ke bawah.
Bagaimanapun terpulang kepada kita sendiri sama ada bata merah atau putih, yang sebaiknya gunalah bata yang mempunyai kelulusan daripada pihak berwajib seperti SIRIM.
Baca juga: Pas patut nasihat Hadi agar jangan makan gaji buta, kata Puad Zarkashi