Apa persediaan Malaysia hadapi jangkaan kemarau melampau 2025?

Oleh ARIF ATAN

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menjangkakan kemarau yang melampau di Semenanjung Malaysia akan berlaku pada tahun 2025 hingga 2035.

Tempoh tiga tahun lagi itu bukannya lama ketika banyak kawasan hutan dimusnahkan dan gunung-ganang ditarah.

Di Selangor dijangkakan akan berlaku pengurangan hujan dalam julat 0.1 sehingga 36.3 peratus.

Jika jangkaan NAHRIM ini berlaku, ia akan memberikan kesan ke atas sumber air mentah di mana paras sungai akan mengalami penyusutan dan akan mengurangkan baseflow sungai.

Seterusnya, akan menyebabkan paras empangan mengalami penyusutan dan mengganggu sumber bekalan air mentah bagi loji-loji yang berkaitan.

Sekiranya tiada persediaan rapi, dijangka berlaku gangguan bekalan air berskala besar.

Walau bagaimanapun, NAHRIM berkata, Terengganu dijangka mengalami perubahan iklim yang agak ekstrem dengan musim kemarau serius akibat fenomena El Nino antara 2025 dan 2030.

Ini diikuti banjir yang lebih kerap antara tahun 2030 dan 2035 selaras dengan kemunculan La Nina.

Malaysia perlu siap sedia hadapi perubahan ekstrem iklim.

Baca juga Sungai Furat makin kering, ini nasihat ustaz supaya kita bersedia

Baca juga Selepas 11 tahun, penduduk terjejas akibat kemusnahan loji tenaga nuklear dibenar pulang