Malaysia Dateline

Apa pilihan yang anda ada selain Anwar?

Politik Malaysia politik dunia ketiga. Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia. Masa untuk perubahan sebenar

Di negara luar seperti Parti Buruh di Britain yang dipimpin oleh Jeremy Corbyn, telah melancarkan manifesto pilihan raya paling radikal. Parti tersebut berjanji membawa perubahan transformatif untuk rakyat Britain.

Termasuk juga mencabar golongan berkuasa yang maha kaya, menyelamatkan sistem kesihatan daripada penswastaan dan berusaha untuk menangani krisis iklim dengan revolusi industri hijau.

Manifesto Parti Buruh yang bertemakan It’s Time for Real Change ini dilancarkan untuk menghadapi pilihan raya.
Itu cara berkempen negara maju. Bagaimana di Malaysia?

Saya melihat perkembangan kempen PRU15 sungguh memalukan. Kenapa saya kata begitu? Kita masih bicara soal halal haram.

Di kala Anwar Ibrahim berjanji untuk melawan rasuah, membawa pelaburan, membawa perubahan dasar ekonomi negara dan menyelamatkan kewangan kerajaan berjumlah berbilion ringgit dengan pengurusan yang lebih telus, apa kempen BN dan PN?

KEMPEN POPULAR BN & PN

Kedua parti ini masing-masing memainkan isu yang hampir sama yang langsung tidak membawa apa-apa yang bermakna buat negara. Malah kempen yang dilakukan hanya membodohkan rakyat.

Jika orang Melayu sedar sejak tahun 1999, inilah kempen yang diulang-ulang memainkan isu agama dan bangsa. Tapi wang negara yang dicuri berbillion-billion. Bila Melayu bangkit sahaja diugut…’ Bagi PH negara ini akan diberi kepada Cina’. Mereka suka Melayu menjadi menjadi bodoh.

  • Jika undi PH Cina jadi PM…betulkah Cina boleh jadi Perdana Menteri? Jika percaya kita berfikiran hambar.
  • Azan dan Sekolah Tahfiz akan dimansuhkan seperti yang Jamal Abdillah pernah katakan dalam sebuah klip videonya. Akhirnya Jamal memohon maaf secara terbuka mengakui dia hanya mendengar sahaja dan tidak pandai selok belok politik.
  • Anwar nak hidupkan LGBT? Anwar agen Yahudi, Anwar agen Amerika dan pelbagai lagi. Jika benar sudah lama Anwar ditahan oleh pihak PDRM dan didakwa di mahkamah.
  • Pas tuduh Umno kafir, Umno tuduh Pas parti ajaran sesat.
  • Pas tuduh pula PH kononnya ramai dalam kalangan PH tidak beriman (beraqidah).

Banyak lagi isu-isu yang membodohkan rakyat di kala dunia mencecah usia 2022.

Apa ini kempen nak beri cuti peristiwa? Kempen nak beri kelulusan pengeluaran KWSP? Kempen nak beri BRIM, ini semua kempen gula-gula yang hanya membodohkan rakyat Malaysia.

Inilah politik kelas dunia ketiga. Di mana mereka ingin membawa rakyat Malaysia yang lemas dalam ekonomi yang semakin merudum.

Apa nilai yang ada pada RM 100 masa kini?

Ada kalian lihat penceramah Pas berhujah secara akademik tentang bagaimana untuk menyelamatkan ekonomi negara?

Menguruskan negara bukan hanya tahu menghafal hadis atau ayat Al Quran untuk memfitnah merosakkan pemikiran org Melayu.

Parti politik adalah gerakan politik. Ia bukan gerakan dakwah. Tugas parti politk ialah mengurus dan mentadbir negara terutama membabitkan ekonomi rakyat.

Politik yang ada di negara kita sekarang politik sampah yang licik dan jelik. Sepatutnya kita mengajar rakyat bukan membodohkan rakyat dengan memainkan isu perkauman dan agama. Jangan biar pemikiran rakyat menjadi hamba.

Pak Sako pernah berpesan di dalam bukunya bertajuk Budak Beca “…kita kaum Melayu di negeri Melayu ini pada hakikatnya tidak ada yang kaya. Kita semuanya miskin, bukan pada harta benda tetapi pada serba serbi.

“Kita yang sebenarnya sudah bankrap, harta tidak ada, budi bahasa tidak ada, kasih sayang antara satu sama lain tidak ada, amanah tidak ada, ilmu kepandaian tidak ada, hemah dan cita-cita mulia tidak ada. Yang ada pada kita hanyalah aksi, tunjuk gaya, tunjuk lawa!”

Agenda politik perkauman adalah politik kotor Umno dan Pas yang hanya akan merosakan negara. Negara sedang menuju ke arah kemelesetan ekonomi yang teruk. Berbillion wang negara dicuri hingga pelabur lari dan ringgit menjadi lemah.

Kesannya berpuluh ribu peluang pekerjaan hilang, yang ada kerja hilang pekerjaan dan kerana nilai ringgit lemah ingin membeli barang sangat mahal. Saya ingin bertanya apa nilai yang ada pada RM 100 masa kini?

Yang kaya-raya dan senang-lenang pemimpin yang mencuri berbillion harta rakyat yang dipunggah untuk anak isteri.

Yang mereka tipu atau bodohkan rakyat atas nama bangsa dan agama. Rakyat menanggung pemimpin hingga terpaksa membuat dua tiga kerja bagi meneruskan kehidupan.

Kalian sudah melihat betapa korupnya Najib. Kalian telah melihat Muhyiddin yang langsung tidak mempunyai idea membina ekonomi negara malah ekonomi teruk di zaman beliau.

Kalian juga telah melihat Zahid yang dituduh berpuluh tuduhan rasuah. Kalian baru sahaja melihat betapa lemahnya pentadbiran Ismail.

Kalian hanya belum melihat Anwar Ibrahim menguruskan negara ini. Percayalah insan yang sekaki tanah rakyat dan sesen duit rakyat tidak pernah dicuri ini mampu mengubah nasib kita.

Anwar dikenali dan disegani oleh dunia luar. Kelebihan ini yang tiada pada pemimpin-pemimpin negara. Anwar adalah pilihan terbaik untuk kita mengubah nasib Malaysia. Apa pilihan yang anda ada selain Anwar? Beri Anwar sekali peluang sahaja!

Negara kita sedang sakit…MASA UNTUK PERUBAHAN SEBENAR!

Baca juga: Anwar sahkan selesai isytihar harta

Baca juga: Bas bergerak perlahan masuk ke longkang lepas bunyi meletup, 17 penuntut UPSI cedera