Malaysia Dateline

Apa yang Kabinet bincang hari ini, adakah tentang PRU15? Ini penjelasan Takiyuddin

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu mesyuarat Kabinet hari ini hanya membincangkan persiapan menghadapi banjir tanpa menyentuh tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya yang juga Setiausaha Agung Pas, perbincangan Kabinet tertumpu kepada persediaan menghadapi banjir berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

“Mengikut maklumat METMalaysia pada Oktober akan berlaku banjir sama ada awal atau akhir bulan, kita tidak pasti.

“Jadi, kita perlu membuat persiapan. Jika banjir berlaku, semua akan terbabit.

“Pasukan petugas khas, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), agensi berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang buat persiapan termasuk pusat pemindahan sementara,” dipetik BH Online.

Takiyuddin juga menambah soal keselamatan PRU15 jika diadakan tahun ini ekoran musim tengkujuh bergantung kepada kawasan dan lokasi juga mengambil kira mereka yang akan terbabit dengan kerja menghadapi banjir seperti agensi kerajaan, bomba dan polis.

“Bagi kita (PAS) lebih baik PRU15 tidak diadakan kerana sudah ada indikator akan berlaku banjir lebih awal,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin pada sidang media pencapaian satu tahunnya sebagai Menteri Kesihatan, di Putrajaya hari ini berkata, PRU15 tidak sesuai diadakan pada musim tengkujuh kerana memerlukan kos tinggi.

Tambahnya, apabila banjir banyak tenaga kerja yang diperlukan pada PRU akan dikerahkan untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS) dan pemindahan mangsa bencana berkenaan.

Baca juga Dituduh tayang punggung, Janna Nick perjelas itu video peminat yang tegur dari belakang, bukan menayang!

Baca juga Pernah tarik diri masa GV3 sebab kecil hati, Elly Mazlein anggap isu dah lama selesai