Rata-rata netizen mengkritik sikap pemimpin kanan Umno yang dilihat terus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen.
Ada yang mencabar supaya Umno terlebih dahulu mengemukakan calon PM sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Asyik desak PM untuk bubar Parlimen. Nak PRU sangat? Cuba bagi nama calon PM kalau BN menang, ada berani? Rakyat pun nak tahu juga,” tegas Affandi Adib.
Reaksi warganet itu susulan kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kerajaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk mengadakan PRU15 jika ada pihak yang mahu menarik sokongan terhadap kerajaan.
Menurutnya, pembubaran Parlimen itu adalah pilihan yang Ismail Sabri ada, jika terdapat pihak yang ingin menarik sokongan pada kerajaan.
“Ada dua, sama ada beliau meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen tetapi pilihan yang ada tentunya bubarkan Parlimen,” dipetik BH hari ini.
Tok Mat berkata demikian mengulas kenyataan Ismail Sabri baru-baru ini yang menegaskan kerajaan sedia mengadakan PRU15, jika Perikatan Nasional (PN) menarik balik sokongan terhadapnya.
Terdahulu, PN dilapor berkemungkinan mempertimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri yang dianggap tidak menunaikan apa yang dikatakan sebagai perjanjian untuk melantik Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Timbalan Perdana Menteri
Sehubungan itu, orang ramai berpendapat tidak guna cakap banyak memandangkan hanya Ismail Sabri yang berkuasa pada masa ini untuk menentukan pembubaran Parliamen.
“Yang sibuk nak PRU diadakan segera datang dari mulut kepimpinan Umno. Jika PM dah buat kenyataan mana-mana yang menarik sokongan terhadapnya, beliau akan dapatkan perkenan YDPA untuk membubarkan parlimen, inilah masa yang sesuai untuk geng kluster mahkamah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri,” kata Burhanudin Ismail.
Baca juga Konvensyen BN jadi medan sembang kencang kluster mahkamah asak bubar Parlimen
Baca juga Individu minum kopi sebelum beli-belah, cenderung habiskan duit dan berbelanja tinggi