Malaysia Dateline

Awas banjir, terowong SMART ditutup sepenuhnya

Terowong SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi pengaktifan sistem banjir susulan hujan lebat petang ini.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Facebook memaklumkan berkenaan penutupan itu kira-kira pukul 5.10 petang tadi.

Sementara itu, Pusat Kawalan SMART JPS kira-kira sejam lalu memaklumkan air Sungai Klang/Sungai Ampang masih dilencongkan ke Kolam Berembang.

Mod 3 Operasi SMART dengan antara lain air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong telah diaktifkan mulai jam 4.35 petang tadi.

Untuk rekod, pada mod 4, air banjir dilencongkan ke laluan trafik (upper dan lower deck) dan terowong trafik ditutup dan dikosongkan sepenuhnya daripada kenderaan.

Kejadian banjir kilat kerap berlaku di sekitar Kuala Lumpur walaupun sejam hujan lebat berterusan.

Akibatnya, ribuan warga Lembah Klang terjejas termasuk pengguna jalan raya yang terperangkap selain menanggung kerugian besar selepas kenderaan masing-masing yang di parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan ditenggelami banjir.

Baca juga Banjir teruk KL: ‘Tiada tindakan, tiada pengumuman, macam tiada menteri’