Ayah jenis apa merokok di tempat makan bersama isteri dan anak-anak?

Oleh ARIF ATAN

Ada yang bergelar ayah dilihat selamba merokok dengan asap berkepul-kepul ketika berada di meja makan kedai bersama isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu nampaknya kembali menjadi-jadi walaupun larangan merokok di tempat makan bermula ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan Persekutuan masih berkuatkuasa.

Ayah jenis apa yang sanggup membakar bahan tembakau dengan asap mengandungi lebih 8,000 bahan kimia termasuk arsenik, benzena dan hidrogen sianida di depan anak-anak dan isterinya?

Rata-rata warganet dengan mudah menggelar ayah jenis itu sebagai bodoh memandangkan statistik sudah merakamkan kira-kira lebih 27, 200 kematian di Malaysia setiap tahun adalah disebabkan oleh tembakau.

“Memang betul bodoh orang yang mrokok di depan anak isteri dia. Nanti anak belajar merokok, kena rotan pula. Padahal, bapak yang jadi contoh.

“Bodohnya seseorang apabila tiada adab. Aku yang lelaki pun menyampah dengan perokok tegar yang tiada adab (merokok di tempat makan),” antara komentar warga maya.

Bahkan, ada golongan perokok yang turut tidak bersetuju dengan perbuatan merokok di tempat makan apatah lagi semasa semeja dengan ahli keluarga.

“Saya perokok, tapi bila makan di kedai, saya akan merokok di luar, jauh dari orang ramai.

“Begitu juga di rumah. Saya tidak merokok dalam rumah. Self conscious,” kata seorang perokok.

Untuk rekod, pengambilan rokok dan produk tembakau adalah faktor utama menyebabkan kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Dianggarkan kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM 132.7 juta.

Baca juga Bonet Lamborghini tak muat: ‘Van jenazah luas, boleh letak banyak duit’

Baca juga Bapa dua anak mati dipanah jiran kerana bising