Malaysia Dateline

Azizan Osman kongsi berita gembira akhirnya dapat pengiktirafan akauntan bertauliah

Sifu ‘marketing’, Datuk Dr Azizan Osman yang pernah dihimpit kontroversi beberapa tahun lalu atas dakwaan menggunakan gelaran ‘Dr’ palsu, akhirnya kini berjaya mendapat pengiktirafan sebagai akauntan bertauliah di bawah Institusi Akauntan Malaysia (MIA).

Setelah khabar tidak enak tentang beliau tular pada 2016, Azizan telah melanjutkan pengajian dan memperoleh Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari VU School of Management, Switzerland, pada April 2019.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Azizan berkongsi berita gembira mengenai pengiktirafan yang diperolehinya dan menyertakan tangkap layar emel dari MIA yang memaklumkan permohonan beliau sebagai Akauntan Bertauliah telah diluluskan pada mesyuarat majlis baru-baru ini.

“Tak percaya. Masya-Allah baru terima kelulusan sebagai akauntan bertauliah di (Malaysian Institute of Accountant).

“Impian boleh jadi kenyataan, Alhamdulillah,” katanya semalam.

#image_title

Melalui emel tersebut, MIA turut mengucapkan tahniah dan akan menghantar surat rasmi kepada Azizan dalam masa terdekat.

MIA memaklumkan bahawa Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) itu juga dikehendaki menghadiri Kursus Induksi Ahli dalam tempoh enam bulan selepas kemasukannya.

“Keperluan ini diperuntukkan di bawah Seksyen B100 Undang-Undang Kecil Institut (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional),” menurut emel berkenaan.

Terdahulu, Azizan juga telah berjaya memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU).

Baca juga: Murid tetap tenang jawab peperiksaan ketika banjir, meskipun terpaksa bersila atas kerusi

Baca juga: Kasih seorang adik, sanggup kumpul duit 12 tahun untuk lihat abangnya kahwin