Malaysia Dateline

Murid tetap tenang jawab peperiksaan ketika banjir, meskipun terpaksa bersila atas kerusi

Sekumpulan murid di sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang terpaksa menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) walaupun dalam keadaan banjir.

Menerusi satu video tular di media sosial, murid-murid berkenaan tetap bersemangat meneruskan peperiksaan walaupun kelas sudah dinaiki air sehingga menyebabkan banjir.

Murid-murid yang lengkap berseragam sekolah terpaksa membuka kasut dan bersila di atas kerusi ketika sedang menjawab peperiksaan.

Difahamkan, video diambil ketika sesi peperiksaan baru berakhir dengan guru dilihat terpaksa meredah banjir di dalam kelas.

Mereka juga dilihat sangat tenang dan gembira meskipun terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan mencabar dan tidak selesa.

@mvrasmi

PEPERIKSAAN DALAM BANJIR di SRA Sg Balak, Kajang. Jarang jumpa budak² seronok ambil exam ni 😅 Sumber: Facebook #Banjir #Sekolah #Selangor

♬ original sound – MVOfficial – MVOfficial

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada semalam mengesahkan berlaku kejadian banjir kilat di sekolah rendah tersebut susulan hujan lebat berterusan tanpa henti melebihi satu jam.

Baca juga: Netizen sebak tengok rakaman bapa menangis tersesak-esak lepas gagal selamatkan anak dibaham buaya

Baca juga: Palsu sijil kelayakan perubatan, wanita sempat jadi doktor selama setahun