Baby Shima tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dangdut jadi isu

Oleh ARIF ATAN

Penyanyi yang hangat diperkatakan netizen sekarang ini Baby Shima mengakui tidak faham mengapa aksinya menyanyi sambil bergelek dangdut jadi isu.

Sejak beberapa hari lalu, aksi Baby Shima bergelek dalam video muzik bersama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengundang kecaman orang ramai.

“Saya cuba menjadi artis yang kekal dengan karya terbaharu mengikut perkembangan zaman. Jadi, saya amat menitik beratkan lagu yang mahu dinyanyikan.

“Cuma saya tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Ini perkara biasa yang dilakukan penyanyi dangdut,” dipetik BH Online.

Dalam masa sama, pemilik kepada nama sebenar, Nur Ashima Ramli, 30, itu menafikan dirinya ‘daring’ dalam video muzik itu sebaliknya hanya menurut kehendak pengarah dan bahagian penataan gaya (‘wardrobe’) sahaja.

“Rasanya tidak ada beza video muzik ini dengan yang pernah saya hasilkan. Saya tetap Baby Shima yang sama dan tiada apa-apa pun yang berubah,” ujarnya lagi.

Baca juga Aliff Syukri tak serik, dulu dengan penari ‘lentok’ kali ini ghairah berdangdut dengan Baby Shima

Baca juga “Nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan” – Rozita harap Aliff Syukri padam video gelek