Ada masanya kita nampak satu restoran itu macam berstatus halal, siap juruwang dan tukang ambil order pun nampak seperti orang Melayu, dah tentu Islam.
Apa lagi melihatkan pelanggannya ramai bertudung, malah terpampang logo halal lagi. Takkanlah hidang makanan haram. Biasanya itulah yang kita akan fikirkan.
Namun, awas! Jangan mudah terperdaya. Sebabnya, terdapat premis penyediaan makanan yang didapati menggunakan logo halal tanpa kebenaran.
Ada pula restoran selamba guna sijil halal yang sudah tamat tempoh. Sijil halal yang ditarik balik itu antaranya kerana bahan atau tempat pembuatan makanan yang tidak diisytihar atau diragui status halal bahannya.
Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Bahagian Hab Halal telah menegaskan bahawa semua makanan yang menggunakan logo halal atau apa-apa ungkapan menunjukkan makanan atau barang yang boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam perlu memiliki sijil halal.
Malah, barangan dan perkhidmatan juga mesti mematuhi piawai halal atau sijil halal yang mungkin diperoleh sebelum ini akan ditarik balik.
Sehubungan itu, pengguna Islam dinasihatkan melakukan semakan status halal sebelum memasuki mana-mana premis makanan.
Klik sahaja Direktori Halal Malaysia di pautan berikut:
https://www.halal.gov.my/v4/index.php?h=&lang=bm
Selain premis makanan, pengguna juga boleh mengetahui status halal bagi lapan kategori seperti berikut:
1. Produk makanan/minuman
2. Barang gunaan
3. Farmaseutikal
4. Kosmetik dan dandanan diri
5. Peranti perubatan
6. Pengilangan kontrak / Original Equipment Manufacturing (OEM)
7. Rumah sembelihan
8. Logistik
Baca juga Menteri Agama perlu segera ambil tindakan, tambah pegawai hab halal di Jakim