Malaysia Dateline

Menteri Agama perlu segera ambil tindakan, tambah pegawai hab halal di Jakim

Dua hari lepas Jabatan Kamuajuan Malaysia (Jakim) telah memaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk membatalkan pengiktirafan terhadap dua Badan Islam Luar Negara di Australia iaitu Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC) dan Australian Halal Food Services (AHFS) berkuatkuasa pada 15 Julai 2013.

Dua badan berkenaan ada penanggungjawab kepada kemasukan daging haiwan halal dari negara berkenaan ke negara ini. Pembatalan serta-merta itu disebabkan kerana timbul keraguan dalam proses yang dibuat oleh badan berkenaan.

Antara daging haiwan yang diimport dari Australia ialah kambing, lembu dan kanggaru. Jakim memberitahu pengiktirafan daripada kedua-dua badan itu akan diterima pakai semula apabila diberi tahu kelak.

Dalam pada itu semalam saya bercakap dengan bekas seorang pengarah di Jakim yang ditemui di majlis hari raya.

Menurutnya, Jakim sebagai badan bertanggungjawab menghadapi masalah dalam hal ini disebabkan beberapa faktor. Salah satu ialah kerana kekangan kekurangan kakitangan hab halal.

Jakim yang bertanggungjawab dalam urusan mengeluarkan sijil halal ini menempatkan hanya seorang pegawai sahaja di setiap negara untuk menguruskan perkara itu.

Menurut bekas pengarah itu, kerja-kerja pemantauan, pemeriksaan untuk mengesahkan proses penyembelihan dan pemprosesan sangat rumit dan memerlukan penelitian rapi dan tidak dapat diselesaikan oleh seorang pegawai sahaja.

Contohnya di Pakistan dan India, hanya seorang sahaja pegawai hab halal Jakim ditempatkan malahan di sesetengah negara tidak ditempatkan seorang pegawai pun.

Mendengar cerita itu ia agak aneh. Apakah masalah dan hambatan menyebabkan Jakim tidak dapat mengatasi kekurangan kakitangan itu?

Soal makanan halal ini perkara penting yang juga menyentuh soal imam tidak boleh diambil mudah. Sepatutnya perkara ini tidak boleh dibuat sambil lewa.

Eloklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Idris Ahmad yang datang daripada parti agama mempedulikan masalah ini segera.

Tindakan terpantas patut diambil menambahkan pegawai hab halal di setiap negara yang menjadi pengeksport daging haiwan ke negara kita. Janganlah izinkan rakyat Muslim negara ini memakan daging yang tidak halal.

Idris Ahmad

Kalau pegawai di badan-badan berkaitan politik, ekonomi, pelaburan dan sebagainya boleh ditambah, kenapa tidak pegawai hab halal di Jakim? Untuk mengambil pegawai tidak ada masalah sebab ribuan rakyat kita yang berkelulusan dalam bidang agama.

Aspek had halal ini lebih penting dan perlu diutamakan sebab ia membabitkan soal keimanan. Ia tidak penting kepada rakyat bukan Islam, tetapi ia sesuatu yang sangat sensitif kepada umat Islam.

Mungkin kerana banyak termakan makanan subhatlah maka perangai orang kita kini sukar untuk dibentur.

Baca ‘Buat apa beri teguran, teruslah ambil tindakan’, Menteri Agama dikritik isu klip video raya melampau

Baca Ini sebab anda kena restart phone seminggu sekali