Malaysia Dateline

Bagaimanana kewangan TH distruktur dan dipulihkan sewaktu zaman PH

Bagaimanana kewangan TH distruktur dan dipulihkan sewaktu zaman PH. Di muka surat 38 sehingga 42 Laporan Tahunan Tabung Haji untuk tahun 2018, diperincikan dengan jelas mengapa dan bagaimana kewangan TH distrukturkan dan dipulihkan.

Laporan tahunan ini sudah pun dibentangkan di Parlimen dan menjadi rekod awam. Wakil-wakil rakyat yang mewakili rakyat kenalah membacanya dan jika perlu penjelasan lanjut, bangkitkan soalan di Parlimen.

Di antara apa yang dilaporkan di dalam laporan tahunan TH 2018 ini adalah:

Isu yang dihadapi:

1.Pada pertengahan 2018, hampir 30% dari pelaburan di dalam ekuiti domestik TH bernilai kurang dari separuh nilai asalnya

2.Pulangan dari sektor hartanah kurang dari 2%

3.TH akan mengalami defisit yang besar jika tidak distrukturkan di dalam tahun 2018 [Nota: Menurut seksyen 22 Akta Lembaga Tabung Haji, TH tidak boleh mengagihkan keuntungan sekiranya nilai asetnya kurang dari liabiliti di mana deposit yang diterima dari pendeposit adalah liabiliti]

Bagaimanana kewangan TH distruktur dan dipulihkan sewaktu zaman PH

Bagaimana kewangan TH distrukturkan semula:

1.Sebuah syarikat tujuan khas (SPV) Urusharta Jemaah Sdn. Shd. (UJSB) ditubuhkan sebagai anak syarikat kepada Menteri Kewangan Diperbadankan [Nota: Menurut peraturan kewangan kerajaan hanya Kementerian Kewangan Diperbadankan boleh memegang saham kerajaan]

2.Saham -saham terpilih yang nilainya jatuh melebihi 20% dan hartanah terpilih yang memberi pulangan kurang dari 2% yang nilai saksama (fair value) mereka bernilai RM 9.73 bilion dipindahkan kepada UJSB. UJSB menerbitkan 2 siri Sukuk bernilai RM 19.9 bilion kepada TH. Ini memberikan keuntungan/pengembalian modal sebanyak RM 10.17 bilion kepada TH.

3.Nilai nominal sukuk yang diterbitkan ialah RM 26.55 bilion dan akan dilunaskan di dalam tempoh 7 dan 10 tahun. Ini bermakna apabila sukuk-sukuk itu matang, TH akan menerima tunai sebanyak RM 26.55 bilion [Pulangan kepada TH ialah 4-4.10 peratus setahun, lebih tinggi dari aset hartanah yang hanya memberi pulangan 2% sahaja]

4.Sukuk-sukuk ini tersenarai di dalam Komitmen Jaminan kerajaan yang dikeluarkan berdasarkan kepada Akta Tatacara Kewangan 1957, [Nota: sila rujuk Tinjauan Fiskal dan Unjuran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022, muka 82-84]

Hasil dari langkah pemulihan:

1.Setelah penstrukturan dimuktamatkan pada Disember 2018, aset TH berjumlah RM 76.5 bilion berbanding dengan liabiliti yang berjumlah RM 75.5 bilion

2.TH mampu membayar Hibah pada kadar 1.25% dan mematuhi kehendak seksyen 22 Akta LTH [Nota: pengagihan keuntungan pada tahun 2019, 2020 dan 2021 masing-masing adalah 3.05%, 3.10% dan 3.10%]

Sila baca laporan tahunan berkenaan untuk memahami berkenaan penstrukturan TH dengan lebih terperinci.

Baca juga: Tabung Haji: Mujahid tanya MB Kelantan “nak ulang fakta atau ulang fitnah?”